Monday, August 10, 2009

Masak lemak udang dgn belimbing buluh.

Ni rupa masak lemak udang dgn kacang panjang..heeehe..sebabnya belimbing buluh tak der,so di gantikan dgn kacang panjang(pun blh jugak)...tapi nak lagi sedap,guna belimbing buluh....perghhhh...pecah peluh beb...sedap gilosss....


Bahan-bahan:

1/2 kg udang besar
11 biji cili padi(kalau tak nak pedas,kurangkan la)
6 ulas bawang merah
2 batang serai
1 sudu teh serbuk kunyit
1/2 biji kelapa parut
atau
1 paket santan kotak
10 biji belimbing buluh(nak letak lebih pun boleh)
sehelai daun kunyit.
garam secukup rasa.


Cara:

Udang dipotong hujung kepala dan ekornya.
Kelapa parut diperah,dijadikan 2 cawan santan cair dan 1 cawan pati.
Bawang merah di tumbuk bersama cili padi.
Serai dititik2.
Daun kunyit dicarik2.
Belimbing buluh di belah 2.
Setelah itu,masukkan ke dalam periuk santan cair td bersama bahan yang ditumbuk(serai,bwg n cili).
Masukkan sebuk kunyit dan udang besar.
Biar sampai mendidih,baru masukkan pati santan.
Masukkan belimbing buluh.
Akhir sekali masukkan daun kunyit untuk menaikkan aroma.

SELAMAT MENCUBA...:-)





Kepada sesiapa yang tak pernah tengok belimbing buluh..ini la rupa si masam belimbing buluh..heehe:-)
Payah nak jumpa dah sekarang ni..
















No comments:

Post a Comment