Thursday, September 3, 2009

Kurma ayam kampung


Resepi ni mak mentua saya yg bg...sedap...tak caya try la buat..makan pulak dgn nasik minyak...adoiii...memang best...dulu saya tak pandai nak masak kurma ayam ni,WALAUPUN ramai yg cakap "ala senang jer la"..hehehe..saya tetap tak masak...kalau balik johor,mak mentua saya selalu masak kurma ayam kampung..dia lebih suka guna ayam kampung tak pun ayam pencen,sebab kata dia isi ayam tak hancur..mmg btul pon,bila saya dah terbiasa makan masak kurma ayam kampung yg isinya pejal2,berbanding isi ayam daging ni yg agak lembut..mmg saya lebih suka ayam kampung..sedap...tak caya,try beli ayam kampung tak pun ayam pencen..buat masak kurma..mmg sedap..


Bahan-bahan:


1 ekor ayam kampung/ayam pencen
7 ulas bawang kecik
5 ulas bawang putih
1/2 inci halia
sedikit kunyit hidup
5 biji cili padi
1 sudu besar kerisik
satu mangkuk santan pekat
1 bungkus serbuk kurma adabi
2 ulas bawang kecik dipotong(utk menumis)
1 batang kulit kayu manis(utk menumis)
sedikit minyak masak
sedikit garam dan bahan perasa
serta kentang


cara;


Ayam dipotong dan dibasuh hingga bersih.
Bawang kecik,bwg putih,halia,kunyit serta cili padi dikisar halus.
Masukkan minyak masak,tumis bawang kecik hingga kuning.
Masukkan kulit kayu manis.
Masukkan sedikit air serta serbuk kurma adabi dan kerisik.
Masukkan bahan dikisar tadi,biar hingga naik bau.
Masukkan ayam dan biar seketika hingga kering air ayam.
Bila air ayam sudah agak kering,masukkan pati santan.
Masukkan kentang.
Bila kentang sudah empuk dan kuah agak pekat sedikit...dah siap ler tu...heehe..
senang kan....
selamat mencuba;-)

Ayam bbq

Perghhhh...ayam bbq tu...resepi ni mudah sesangat...main blend2 jer..pastu marinades..hehehe..nama pon ayam bakar,sah2 la kena perap kannn...jom kita try resepi ni..insyaAllah menjadi...dgn syarat bahan2nya cukup...sukatan tu,kalau nak tambah or kurangkan,terpulang pada citarasa masing2 kay...saya pon kadang2 tak ikut sukatan sgt,main agak2 jer...kekadang yg main agak2 ni lagi sedap..tak caya cuba try test...heeheee...:-)


Bahan-bahan;

1 ekor ayam
1 biji bawang besar (kalau bawang tu bersaiz kecil, guna 2 biji)
5 ulas bawang putih
2 cm halia
2 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 batang serai
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil garam
1 cawan kicap manis(kipas udang)
1 sudu besar gula


Cara:

Potong ayam mengikut kesukaan anda. Jika potongan tersebut besar-besar, kelar-kelar sedikit supaya ayam cepat masak. kemudian, bersih dan tos ayam tersebut.
Kisar semua bahan-bahan di atas sehingga hancur.
Masukkan bahan-bahan kisar tersebut ke dalam bekas dan campurkan dengan ayam.
Perap ayam tersebut 1 malam atau 2-3 malam di dalam peti ais.(lagi lama perap lagi sedap!) Bakar ayam di atas bara api atau dapur gas sehingga masak.

cepat dan mudah kannnnn....:-)

Selamat Mencuba!